Pelaburan Emas Tindakan Bijak Untuk Melawan Masalah Inflasi.
Emas. Siapa yang tak tahu tentang kebaikan Pelaburan dan Simpanan Emas. Rata-rata dari kita tentunya telah arif bahawa harga emas telah melonjak naik dari tahun ke tahun. Maka, beruntunglah bagi sesiapa yang menyimpan emas.Emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang terbaik. Bagi pemilik emas, mereka tidak risau jika kadar inflasi bagi sesuatu tahun tersebut. Peningkatan kadar inflasi bermakna peningkatan harga barang di dalam pasaran sesebuah negara. Sebagai contoh, katakanlah kadar inflasi di Malaysia adalah 2.3% bagi tahun 2012.
Sebagai contoh, jika harga gula pada tahun 2011 adalah RM2.43, harga gula pada tahun 2012 adalah RM2.50. Terdapat peningkatan harga bagi 1 kg gula sebanyak RM 0.07 (kenaikan harga 2.3%). Ini baru 1 kg gula. Jika dalam masa sebulan, sebuah kedai kopi memerlukan 100 kg gula sebulan, maka si peniaga kedai kopi tersebut bakal memerlukan kos tambahan sebanyak RM7.00 di dalam perbelanjaan bulanannya. Ini tidak termasuk kos bahan mentah lain seperti kopi, nescafe, susu pekat dan lain-lain.
Maka, mahu atau pun tidak…terpaksalah si peniaga kedai kopi tersebut menaikkan harga secawan kopi daripada RM1.00 kepada RM1.10. Harga inilah yang terpaksa anda bayar sekiranya anda seorang yang gemar “mengeteh” di kedai kopi.
Itu baru sahaja kesan inflasi keatas secawan kopi. Belum lagi saya bicarakan kesan inflasi ke atas pendapatan anda yang berpendapatan tetap setiap bulan (makan gaji). Inflasi bakal mengurangkan kuasa beli matawang Ringgit Malaysia anda. Maka, tidak hairanlah jika anda perhatikan bahawa semakin lama, maka semakinlah anda mengalami masalahh tidak cukup duit belanja.
Sebagai seorang pengguna yang bijak menguruskan kewangan anda, anda seharusnya mengekang masalah kebocoran dan tidak cukup wang ini.
Pelaburan dan Simpanan Emas adalah jalan terbaik di dalam mengatasi masalah inflasi.
Apabila saya mengesyorkan rakan-rakan saya untuk melabur di dalam emas. Jawapan yang paling kerap saya terima adalah… “Tidak cukup budget, atau mereka hendak gunakan wang mereka untuk tujuan lain”.
Dalam hati saya tergelak kecil,.. Haha…wang memang lah sentiasa tidak cukup..
Maka, apakah jalan terbaik untuk mengimbangkan kedua-dua situasi ini?
Apa kata jika saya cadangkan gar anda menyiimpan 1 gram emas sahaja pada setiap bulan?
Simpanan Emas 1 gram setiap bulan
Apakah bentuk emas yang terbaik dan termurah untuk anda simpan setiap bulan?
Pihak Triplenine berasa prihatin ke atas golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di dalam usaha kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas sebagai persediaan hari persaraan kelak.
Maka, pihak syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd telah menambah koleksi jualan emas di dalam bentuk 1 gram Gold Bar. Oleh kerana proses pengeluaran yang sangat rumit (emas seberat 1 gram dengat karat 24 (Emas 999.9) ini sangat nipis dan kecil bentuknya), maka harganya adalah agak mahal jika hendak dibandingkan dengan 1 gram barang kemas rantai tangan pasir seberat 10 gram. Sebagai contoh, harga bagi produk emas Triplenine pada 25 Ogos 2012:
• 1 gram Gold Bar – RM212.00
• 1 gram Rantai Tangan pasir 10 gm – RM189.89
Mungkin anda bertanya,.. “Hendak buat apa dengan simpanan emas 1 gram ini?”
Seperti yang kita semua maklum, harga emas naik setiap tahun sekitar 25% - 30% setahun. Mengikut kajian Arwah Datuk salleh Majid, bagi tahun 2005 – 2010, kenaikan harga emas adalah 250% bagi tempoh 5 tahun. Jika kenaikan emas 250% ini dibahagikan kepada 5 tahun, maka purata keuntungan menyimpan emas adalah 50% setahun.
Sekiranya anda mampu untuk menyimpan 10 gram emas setiap bulan, maka silalah beli 10 gram emas di dalam bentuk rantai tangan. Pada 24 Ogos 2012, kosnya lebih kurang RM1,898.90. Hal ini kerana ianya adalah lebih murah dan sifatnya yang sangat cair. Cair bermakna ianya boleh ditunaikan kepada duit tunai segera dengan memajaknya di pajak gadai islam Ar Rahnu Bank Rakyat, Agro Bank atau Bank Muamalat.
Namun begitu, jika anda tidak mampu untuk menyimpan emas 10 gram emas setiap bulan, maka dicadangkan agar anda menyimpan 1 gram emas pada setiap bulan. Harga 1 gram emas pada 24 Ogos 2012 adalah RM212.00. Sekiranya anda berdisiplin dan cekal hati menyimpan 1 gram emas setiap bulan, dalam masa 10 bulan…anda bakal memiliki 10 gram emas 999.9.
Setelah 10 bulan, pihak kami di Triplenine mampu untuk mengajarkan kepada anda bagaimana untuk menukarkan 10 gram emas tadi kepada 30 gram emas dengan menggunakan teknik Ar Rahnu. Klik sini bagi membaca kisah Cik Asmah yang telah berjaya menukarkan 10 gram emas lama beliau kepada 30 gram emas yang baru dalam 1 hari yang sama: Pelaburan Emas, Emas Lama Dijadikan Emas Baru.
Sekarang, anda jelas tak kebaikan untuk menyimpan 1 gram emas pada setiap bulan?
Bagaimana untuk membeli 1 gram Emas Triplenine?
Terdapat 2 cara untuk anda membeli emas 1 gram dengan karat 24 (Emas 999.9) iaitu:
1. Anda hadir ke pejabat kami di alamat No 26-01, Jalan Padi Emas 6/2 Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
2. Pembelian secara Online. Pembayaran adalah melalui bank tempatan. Kemudian, sila isikan maklumat anda di dalam borang tempahan di bawah.
Berikut adalah maklumat akaun bank untuk pembayaran melalui bank tempatan:
Nama Bank : Maybank
No. Akaun : 162143016837 (Norazidah Jaslani)
Nama Bank : CIMB
No. Akaun : 0123-0019307-52-0 (Norazidah Jaslani)
Harga bagi 1 gram emas adalah sentiasa berubah-ubah mengikut harga pasaran. Harga boleh di semak di SINI. + Kos Penghantaran melalui Pos Laju RM8.00.
Produk anda tidak dapat dihantar selagi pembayaran anda tidak diterima dan disahkan, harap maklum.
Terima kasih.
Azidah Jaslani dari Pelaburan Emas Triplenine, Johor Bahru.
Facebook: https://www.facebook.com/PelaburanEmasTriplenine